Post Malone
Post Malone

Post Malone

Austin Richard Post (lahir 4 Julai 1995),[1] atau lebih terkenal sebagai Post Malone, ialah penyanyi-penulis lagu, rapper dan penerbit rakaman Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi penulisan lagunya yang introspektif dan gaya vokal yang singkat, Malone mendapat pujian kerana mempelbagaikan genre termasuk country, grunge, hip hop, dan R&B. Beliau pertama kali menerima penghargaan pada tahun 2015 menerusi single sulungnya "White Iverson".[4] Beliau kemudian menandatangani kontrak rakaman bersama Republic Records.[5]Album sulung Malone Stoney (2016) berjaya secara komersial dan menampilkan single hit "Congratulations".[6] Pada tahun 2018, album ini memecahkan rekod untuk minggu terbanyak di carta lagu Amerika Syarikat Billboard Top R&B/Hip-Hop Albums selepas mencapai minggu ke-77 di carta lagu.[7] Album keduanya, Beerbongs & Bentleys (2018), menduduki nombor satu di Billboard 200 dan memecahkan beberapa rekod penstriman sewaktu dikeluarkan.[7] Menampilkan single nombor satu Billboard Hot 100 "Rockstar" dan "Psycho", album ini dicalonkan untuk Album Tahun Ini di Anugerah Grammy 2018.Pada tahun 2018, Malone berkolaborasi dengan Swae Lee menerusi lagu "Sunflower" untuk runut bunyi filem Spider-Man: Into the Spider-Verse, yang tersenarai di carta Hot 100. Beliau kemudian mengadakan festivalnya sendiri, Posty Fest, yang berlangsung di Dos Equis Pavilion pada 28 Oktober.[8] Album ketiganya, Hollywood's Bleeding, mengetengahkan pop indie dan dikeluarkan pada akhir 2019.[9] Album ini menjadi album nombor satu keduanya di Billboard 200 dan menampilkan single Hot 100 nombor satu "Circles".[10]Malone telah menerima pensijilan Berlian oleh Persatuan Industri Rakaman Amerika (RIAA) untuk "Congratulations".[11] Anugerah yang telah diterimanya termasuk tiga Anugerah Muzik Amerika, satu Anugerah Muzik Billboard, dan satu Anugerah Muzik Video MTV. Selain itu, beliau telah menerima enam pencalonan Anugerah Grammy sepanjang kerjayanya.[12]

Post Malone

Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lagu
  • rapper
  • penerbit rakaman
Berasal dari Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Tahun aktif 2013–kini[2]
Pengkarya berkait
Instrumen
  • Vokal
  • gitar
Syarikat rakaman Republic
Warganegara Amerika
Laman sesawang postmalone.com
Kampung asal Grapevine, Texas, Amerika Syarikat
Kelahiran Austin Richard Post
(1995-07-04) 4 Julai 1995 (umur 24)[1]
Syracuse, New York, Amerika Syarikat
Genre
Nilai bersih $14 juta[3]

Rujukan

WikiPedia: Post Malone http://www.hotnewhiphop.com/post-malone-signs-with... http://www.imdb.com/name/nm8203589/ http://postmalone.com http://www.uatrav.com/lifestyles/article_5c518030-... http://uproxx.com/realtalk/post-malone-fishcenter-... https://www.billboard.com/articles/columns/hip-hop... https://www.grammy.com/grammys/artists/post-malone https://www.hotnewhiphop.com/post-malone-and-quavo... https://parade.com/946704/parade/post-malone-net-w... https://pitchfork.com/news/post-malones-posty-fest...